ISU PERPADUAN

 

PERPADUAN

§  ISI-ISI BERKAITAN ISU PERPADUAN

v Isu perpaduan sering diperkatakan berulang -ulang kali dan akhir-akhir ini semakin menjadi-jadi.Namun banyak pihak yang akur dan mengakui bahawa perpaduan kaum di negara kita adalah lebih baik berbanding dengan sesetengah negara lain di dunia.

Antara usaha yang telah dan boleh dilaksanakan ialah:-

·        Kerajaan perlu sentiasa mengingatkan rakyat agar mengutamakan aspek perpaduan.

·        Rakyat pula tidak seharusnya berasa jemu dengan peringatan itu malah sentiasa positif’

·        Pemimpin politik yang mewakili sesuatu kaum atau etnik tidak memainkan isu-isu perkauman yang sempit demi meraih popularity,

·        Semua pihak wajib mengelakkan pergeseran walaupun hanya pergeseran kecil.

·        Kerajaan telah berusaha secara berterusan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara contoh yang mengamalkan persefahamaan kaum,toleransi beragama dan konsep perpaduan nasional.

·         Peranan anggota masyarakat serta ibu bapa mendidik generasi muda agar menerima dan mengamalkan konsep perpaduan

·        Mengurangkan jurang perbezaan yang masih terdapat antara kaum seperti :

v Jurang ekonomi

v Polarisasi petempatan 

v Kerjaya

·        Mengeratkan perhubungan dengan cara menyertai sambutan perayaan bersama-sama seperti:

v Program rumah terbuka

v Kunjung-mengunjungi

v Usaha sama dalam perniagaan

·        Menarik lebih ramai kaum cina menyertai pasukan polis dan angkatan tentera , menjadi kakitangan kerajaan

·        Menganjurkan aktiviti kemasyarakatan yang kerap:

v Kejohanan sukan

v Pameran

v Kesenian

·        Mengalakkan perkahwinan bercampur

·        Kerajaan mestilah mengutamakan keadilan dalam setiap aspek

·        Peranan pihak swasta dan NGO perlu dimaksimumkan

 

Ulasan