MATLAMAT

 MATLAMAT 

Matlamat kami untuk membuat folio ini bertujuan untuk menyatukan perkauman antara kaum-kaum di malaysia dengan bersatu padu dan harmoni menerusi rakyat yang berbilang kaum.Setiap kaum haruslah memahami adat setiap kaum dan dapat menerimanya dengan terbuka.Perbezaan antara kaum masing-masing boleh menyebabkan berlakunya polariasi dan lebih mementingkan kaum masing-masing sahaja.Sekiranya polariasi kaum berlaku, sukar bagi negara itu mengecapi kedamaian dan tidak mustahil isu perkauman akan wujud di negara ini.Oleh itu, pihak kerajaan perlu laksanakan program dan aktiviti ke arah memelihara dan memperkukuhkan semangat perpaduan Negara melalui pelaksaan pelbagai aktiviti.Dengan ini, wujud masyarakat berbilang kaum , etnik dan bangsa di Malaysia.Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan malaysia sebuah Negara yang kaya dengan budaya , adat resam , bahasa , latar belakang kebudayaan yang berlainan. 

Ulasan