OBJEKTIF

OBJEKTIF

Terdapat beberapa objektif yang saya dapat dalam tajuk masyarakat majmuk ini 
Antaranya ialah :


1.Untuk mempelajari proses pembentukan masyarakat majmuk di malaysia.Hal ini demikian kerana rakyat pada masa kini tidak mengetahui sejarah bagaimana mereka boleh bersatu dengan pelbagai kaum. Sedikit sebanyak kita boleh membuka hati dan mata rakyat untuk menerapkan cinta akan negara.

2.untuk mengkaji impak-impak yang berlaku dalam pembentukan masyarakat majmuk.Kita boleh menjadikan ikhtibar untuk kehidupan kita.Kita juga dapat menghargai tokoh-tokoh yang sedaya upaya untuk mencantumkan kita menjadi sebuah etnik yang terunggul.

3.Untuk membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam membentuk hubungan yang lebih erat dengan pelbagai kaum.Hal ini demikian kerana, menjadi sebuah Negara yang mempunyai pelbagai kaum bukan mudah.Lebih-lebih lagi mengambil inisiatif untuk lebih mengeratkan hubungan yang terjalin ini.

4.Untuk mengetahui populasi rakyat Malaysia yang unik dan kaya dengan pelbagai kaum.Sebagai rakyat yang prihatin, kita mesti tahu siapa yang berada di dalam malaysia ini.Saling kenal-mengenal antara satu sama lain agar kita boleh mengambil ilmu melihat cara sesuatu etnik. 

Ulasan