PENGENALAN

 

PENGENALAN  

 

    Perpaduan negara adalah matlamat yang penting sekali bagi negeri ini.Masa ini negara berada diperingkat pembangunan ekonomi dan sosial yang mustahak bagi menitikberatkan penyatuan sosial, pembahagian pendapatan yang lebih seimbang dan peluang untuk perpaduan dan kemajuan negara.

 

Selain itu, perpaduan sebagai suatu hasrat yang diidamkan adalah sukar diukur , dilihat secara nyata mahupun berkekalan.Perkara ini biasanya hadir mengikut keadaan,keperluan dan dtik-detik tertentu secara formal atau tidak formal dalam kehidupan seharian masyarakat.

 

Akhir sekali, dari segi detik perpaduan dan detik perbezaan adalah saat yang boleh dilihat berlaku dalam kehidupan seharian masyarakat.Antara suasana yang sering dilihat menunjukkan muncul perpaduan adalah detik-detik ketika pergaulan di pasar ,mengadakan majlis perkahwinan , tempat makan,sokongan dalam sukan , memberi bantuan ketika bencana , mengunjungi tempat percutian , menikmati cuti umum pelbagai perayaan , hadir menonton filem di pawagam dan sebagainya.

 

Ulasan